Sunday, December 20, 2009

Menambahbaik Kesinambungan Organisasi

Seperti sedia maklum dalam pengurusan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi, perancangan strategik sesebuah organisasi yang dirancang amat bergantung kepada kemampuan nakhoda yang mengendali. Walaupun beribu buku dan teori digunakan, umum perlu menerima hakikat bahawa kejayaan sesuatu perancangan itu adalah ditangan nakhoda.

Struktur sesebuah organisasi semestinya mempunyai pelbagai bahagian dan aliran kuasa mengarah dan merujuk. Sejauh mana kompleknya hubungan kait dan aliran kuasa mengarah dan merujuk juga turut mempunyai kesan ketara kepada kejayaan perancangan strategik organisasi.

Oleh itu aspirasi dan matlamat seseorang nakhoda amat perlu difahami dan dihayati oleh setiap ketua kelasi agar sesuatu aspirasi yang diterimaguna itu dapat diterjemahkan dengan sebaik-baiknya kepada kelasi-kelasi.

Lisan dan pendokumentasian mempunyai tahap keberkesanan yang amat berlainan dalam memberi kefahaman kepada kelasi-kelasi dan oleh itu, pembukuan perancangan strategik organisasi amat perlu dilakukan dalam membantu kelasi-kelasi membuat semakan dan pemahaman semula ke atas aspirasi yang sedia ditetapkan.

No comments:

Post a Comment